Assalamualaikum...;)
Apa itu nota? Nota itu catatan. Apa itu catatan?? Catatan itu NOTA!! haha..Ok, fine tak lawak. Apa yang aku nak cerita hari ini ialah NOTA! bukan nobita ok. As we know nota ni sangat2 lah penting bagi kita kan? Lebih2 lagi kita ni bergelar student. Korang pun rasanya ada nota sendiri kan? Tak kira lah nota pelajaran ke, nota kaki tangan ke, nota cinta ke, nota peringatan ke (reminder notes) bagi yang pelupa macam aku ni..hehe. Semua itu adalah penting!. Bagi aku lah kan. Bagi korang? Penting ka tak penting?
Kalau macam aku kan, selain buat reminder notes tampal kat mana2 bagi ingat, aku juga ada buat nota untuk subjek2 yang aku belajar. So, maknanya setiap subjek yang aku belajar akan aku buat nota supaya senang mahu baca. Tak kira lah macam mana bentuk nota tu, asalkan kita sendiri paham dengan apa yang kita tulis. Bagi aku nota yang kemas dan ringkas adalah terbaik. Senang paham senang ingat. Meh sini aku mau kasi tahu cara2 buat nota:
- Mula2 kena fahamkan topik apa yang korang pelajari.
- Keluar kan kata2 kunci. Masa aku sekolah dulu cikgu BI aku selalu suh aku tulis keyword kat every page. Sebelum mengajar dia akan check one by one. Cuak tak cuak juga la aku. Sebab aku ni pemalas! haha.
- Buat nota kena buat ayat sendiri ye. Jangan nak ciplak2 ayat or idea orang lain. Sendirik punya nota sendirik bikin lahh.
- Pastu, korang mestilah guna pen yang berbeza. Pen yang berbeza tu bukan yang berbeza jenama macam ko guna stabelo aku guna faber castello kan. Bukan2, maksud aku, pen yang berbeza warna. Korang guna pen yang warna dakwat beza untuk bahagian berlainan. Contoh, kalau korang buat tajuk gunalah dakwat hitam ke kan. Then, point2 nya pula guna lah dakwat warna biru.
- Haa.. yang lagi berkesan kat dalam nota korang tu buat lahh mind map. Bagi merangsang otak korang berkembang. Mind map yang menarik lagi bagus. Ni contoh2 mindmap yang aku google..hehe
Jap, aku nak tayang nota2 aku jap..haha.
*haa..kan aku da kuar kan buku marketing aku ni haa..haha
Before end, aku nak cite something. Hehe.
Time aku form3 dulu, ada satu hari tu ada ceramah pasal 'Teknik Menjawab Kertas Pendidikan Islam PMR". Memandangkan aku jenis yang skema waktu sekolah dulu. *Maknanya suka menyalin apa yang penceramah berhujah di hadapan. Makanya, aku pun salinlah segala bagai teknik2 untuk menjawab paper tersebut. Macam2 bentuk mind map aku buat tulang ikan la, tulang lembu la dan segala macam tulang aku conteng. Err..ini bukan sebarang conteng ye, ini penuh dengan informations and knowledges tau. hehe..
Then, lepas dah habis ceramah, Ustazah aku tanya
"ada tak sesiapa yang salin apa yang penceramah tu cakap?"
~~Burung gagak lalu~~
~ark! ark! ark!~
...sunyi...
............................................
Aku pun bersuara.."Saya ada salin ustazah! Ni haa, ada salin tapi sikit je lah."
Dengan bangga aku pun hulurkan nota2 aku pada beliau. Walaupun beliau tak minta! haha. Ok, ustazah tersebut senyum then bagi arahan kat aku.
"Ok, Fiza. Saya nak kamu taip semula (taip ok! haha) jadikan sebagai manual (buku panduan). Bagi saya satu copy, nanti saya nak edarkan pada semua student PMR yang lain".
And i was like..errkk..dalam hati.. WOWW! haha..poyo~
Bangga beb!. Hasil nota aku nak di edarkan satu sekolah wehh!. Kembang tak kembang juga lak hidung aku ni time tu.haha. Dah siap satu copy tu. Ustazah aku tulis pakai pen dekat muka depan atas, belah kanan *ditulis oleh: Nur Hafizah Jamaluddin* wahh..Then, baru copy banyak2.
Ok, tu je nak cite..hehe. Panjang gila entry nih. Jap2, nak cakap kesimpulannya, kalau ada ceramah tu rajin2 lah salin ye. Salin point2 je bukan suruh korang salin semua yang penceramah cakap. So, bagi adik2 yang kat luar sana termasuklah adik aku, tu pun kalau dia baca blog aku nih, rasanya masih sempat kot nak buat nota sebelum peperiksaan besar tiba.
~sekian~
Note: Korang! doakan aku dan rakan2 mahupun sesiapa sahaja yang akan menerima result exam minggu depan ni, supaya dapat result yang baik ya! InsyaAllah. Amin~
~peace~