Friday, November 25, 2011

Quotes #2 | Gila Gedik Doodle Akuh! ahaha



Assalamualaikum..;)









Ehem..first time melukis/mewarna dengan serious dan jayanya melalui computer. Sebab before this melukis just guna pensel KAYU 2B atas kertas hasil kitaran semula dari kulit KAYU. Maknanya dulu aku main kayuuuuu jeee. HAHA. Sekarang tak main da. Sekarang guna computer. HEH. Apa ek orang panggil benda alah atas ni? Doodles ea kan kan kan? *cehh padahal kat tajuk dah adoo..haha* 

"Eh piza, orang nak wat doodle ,kau pun nak gak" HAHA. Takpe2..memandangkan aku tengah bosan buat masa sekarang ni. Maka dengan automatik nya aku merajinkan diri, tangan, dan pale otak untuk mengodek2 photoshop dengan harapan nak buat doodle yang omeyy2. Tapi hakikatnya, buruk nak mam! HAHA . OK2..pliss pogive (forgive) me if the doodle right over there are very ugly or comot gila. KEH3. This is my pes try (first try). Consider la cikit..hehe. Yang senior2 tuh tolong la tunjuk ajar. HEEEE~ 


OWH ya! Jangan lupa baca quotes tu sekali ok? hehe 

Aku belajar godek2 photoshop nih dalam internet je. Pastu lukis2 tu I had learnt a bit from mama muda dysha! Siyes dia punya doodles memang lawaaa. Kawaiiii! Comeyy. Jom p blog dia HERE!
P/S untuk Dysha: ehem..nanti baby dah lahir bubuh nama kita ea ea?? tehee~
:P


~peace~



p/s: benda alah ni aku buat sampai 2 3 hari! bhahaha :P


Wednesday, November 23, 2011

MY NEW SEMESTER. how was it??


Assalamualaikum...;)




Hari pertama masuk UiTM. Frankly speaking, I’m never register as a new semester student selewat jam 4 setengah petang! Gila sempoi aku gerak cam ciput2 bab 1 hahaha. Tapi Alhamdulillah sempat juga aku daftar. Ecehh..sekali ada yang baca pastu cakap kat aku “eleh, aku daftar pukul 6 setangah petang pun boleh lagi”.  TAPI aku nak bagitahu hangpa suma yang aku MEMANG TAK PERNAH DAFTAR LAMBAT TAHU?! Sebab before this aku datang awal pagi! Hehe.

Aku daftar course haritu hari sabtu lepas. For sure esoknya iaitu hari ahad takdok kelas kan? So what do you expect my feeling on that day? MEMANG BORING OK! Dah lah takde geng. Malam sabtu tu bercadang nak menegok Hindustan. Tapi tak jadi sebab takde subtitle English. ADEKEPATUT?? Terus tido dah lepas tu.

OK. Hari Isnin dah start kuliah dan hari Isnin juga merupakan Hari2 Formal Sedunia. EH? Betul ke? Tapi yang pasti hari Isnin memang wajib pakai baju kurung kat UiTM ni. Kelas start pukul 10.30 pagi dan kelas-kelas seterusnyalah. Tak kan nak cite sume.hehe. Tapi yang paling aku suka, belum pun sampai seminggu dah ada dua kelas cancel dah. Heaven2. Hak3 :P

Semua subjek untuk sem ni boleh dianggarkan 88.88% dalam bentuk pembacaan dan yang 11.12% lagi dalam bentuk pengiraan. I’m I right senior?? HEHE. Untuk subjek LAW sahaja lecturer nya dah suruh spend about 32 hours a week to reading, reading, and reading then memorize. Adehh..terhad lahh waktu aku berfoya-foya lepas ni. Or maybe takde langsung! HUHU. Lagi satu, aku baru nak buat azam tahun baru untuk mencari cinta. Tapi hampehh bila lecturer tersebut cakap gini “ SILA PUTUSKAN SEMUA HUBUNGAN ANDA DENGAN SEMUA! GF/BF ANDA to SCORE ‘A’ ON THIS SUBJECT OTHERWISE YOU FAIL!” Makkkkkk!~ mengugut! Haha. Habislah azam baru aku. Tak kesampaian pulok! Hahaha.

Ok. Itu saja kot cerita untuk new sem aku. Kalau de pape lagi nanti aku cite. BYE!
~peace~

Thursday, November 17, 2011

Layan Bebudak #2




Assalamualaikum...;)


*nak baca entry ni kena baca yang ni dulu baru paham..wink*


HARI KEDUA -Lawatan Sambil Belajar  Bercuti sebenarnya LOL~ Ok2, retype balik. Lawatan Sambil Belajar ke Bandar Hilir Melaka. Kau fikir Bandar Hilir tu banyak shopping je ke? Tempat2 bersejarah  pun banyak tau! HEHE. OK, adik-adik ni termasuk lah aku dan cikgu-cikgunya naik menara Taming Sari. Korang penah? Tak kan? Bila nak mai? hehe. Lepastu, depa p melawat Istana Melaka, Kapal Dagang ape ntah nama nya, naik River Cruise dan lain-lain. 

Waktu ni best sikit sebab depa rapat dengan aku. Hew hew hew. TAPI yang pelat tetap disisi aku. hahaha. Nak tahu yang pelat ni tak tahan dia buat lawak tapi last-last malu diri sendiri. haha. Yang pelat ni namanya Hafiz, ada sorang lagi pelat sikit je namanya Adam. Si Hafiz ni tiba-tiba ngadu kat aku sambil tangan dia tunjuk ke arah Adam sambil cakap 

"dia 'elat' (pelat)'. 

'Dalam hati aku cakap "padahal dia yang pelat -.-' HAHAHA.

Kawan2 dia yang dengar semua pakat2 marah dia sambil jerit2 
"eh, kau yang pelat lahh HAHA". Yang hujung sana pulak duk jerit2 "eh,tak tak, Hafiz yang pelat". HAHA. Semua duk gelak kan dia, tapi dia senyum je. HEE. Takpe lah awak, even awak pelat iteww suka kat awak tau! keh3




Tunggu turn naik #RiverCruise


Dalam kapal 

Istana Melaka

nakai betui budak nieh. haishh~

makan mekdi! Klasss kau mariamm! keh3

rakan seperjuangan mnjadi bodyguard. *kalau perasan budak lelaki paling besaq uhh..tu la adik beliau..*

ini kapal tadi. View dari atas menara #TamingSari





~peace~



p/s: nak tahu yang pelat tu yang mana? ce skodeng gmbar no.3 dari atas..dia yang semangat buat 'peace' sampai tak nmpak muka. Haaa..tu la dia.. hehehe.

Wednesday, November 16, 2011

~ Wordless Wednesday ~ | Quotes #1









Saturday, November 12, 2011

Layan Bebudak #1

Assalamualaikum...;)


Dua hari tak berturut-turut selang beberapa hari, aku habis kan sisa-sisa cuti aku bersama dengan adik-adik Sekolah Tabika Kemas, Berangan Enam, Umbai, Melaka. Memandangkan my second sis merupakan guru tabika tersebut maka dengan suka hatinya beliau, suruh aku jadi bodyguard kepada anak-anak muridnya. Ok, takpe. Aku pergi dengan hati yang rela dan tanpa dipaksa ya. Nasib baik ada 2 ,3 orang anak murid dia yang pelat. Syok aku sakat depa. Hakhakhak :P

Ok, tadi aku mention dua hari aku teman depa pergi event diaorang kan? Hari pertama tu aku join event diaorang iaitu 'Hari Potensi Kanak-kanak bla bla bla...' (tak ingat) -.- Depa masuk acara silat. Tapi kalau masa aku kcik2 tadika dulu masuk acara menari. haha. Baju silat depa tak tahan wehh! Warna pink! HAHA jom CHECKITOUTTTTTT~














Masa hari pertama ni aku tak jadi bodyguard sangat lah sebab parents depa ada. Depa ada baju silat warna PINK! kau ada?? haha






Nak tengok vdeo depa silat tak?? Lama tau. Nak ke tengok?? Kalau nak lain hari aku post ye. hehe



Hari kedua?? sambung lain kali la ea..lalalala~ bye~! :P


~peace~




p/s: kalau nak tahu 'depa' dengan 'diaorang' adalah orang yang sama. Takde beza pun.. kui3




Wednesday, November 9, 2011

~Wordless Wednesday~ | Sweet Couple?? lalalalala~ :P





Tuesday, November 8, 2011

MAKE-UP FREE by PROFESSIONAL MUA UNTUK PEMENANG! ;D



Assalamualaikum...;)



Tambahan information untuk 'CONTEST MUKA PELIK TURNS TO BEAUTY'. Pihak kami dah bersetuju untuk dapat kan MAKE-UP-ARTIS untuk sesi photoshoot untuk pemenang. Kami memilih Suhaib Make Up & Beauty . Dia juga pernah make-up kan beberapa artis. Kalau nak tahu detail pasal MUA ni sila lah pergi ke fanpage beliau. Hasil kerja dia memang superb. Berpuas hati sangat dengan kerja dia dan di bawah ni sebahagian daripada hasil makeup beliau. Jom tengok!


*apesal ayat aku formal sangat nieh*




aku suka make-up yg ni. cantik! klasik gituuu~ ;D











Macam mana? Best tak? Memang best pun! Sebab aku sendiri dah pernah di make-up oleh Suhaib. Aku suka. So, to anyone yang nak try dimake-up-kan oleh MUA jom la join this contest. Tak susah pun, anak2 murid sekolah tadika akak aku pun reti buat MUKA PELIK-PELIK nie. Jom la, apa tunggu lagi, cepat la hantar gambarrrr!! XD



Thursday, November 3, 2011

CONTEST MUKA PELIK TURNS TO BEAUTY (feedback)

Assalamualaikum...;)



Ehem2…. (ecehh..macam ada microfon plakk..keh3 )


Hai semua. Ingat tak entry lepas2, aku ada cakap yang aku nak buat contest?? Haa..sekarang aku nak habaq mai kat hangpa. But before that, I want you all to know that this contest will be open to girls only. KIHKIHKIH. Kenapa? Sebab aku racist .HEH3. Eh, taklah, sebab contest yang aku akan buat ni sebenarnya memang sesuai sangat untuk perempuan saja. Tapi kalau yang lelaki tu teringin ingin ingin dan ingin join. Rasanya bagi chance kat awek hangpa ja lah ye?












Actually, aku nak buat contest ‘MUKA PELIK TURNS TO BEUTY’. Pemenang akan dapat berphotoshoot free dengan Artoukgraphy Kisscamera yang bernilai hampir RM350!!. Not only that, kami akan bagi softcopy 20 keping editing photos anda!. Kami hanya akan pilih seorang sahaja pemenang. Photoshoot itu nanti akan diadakan somewhere around Melaka. Akan ada saguhati 3x.


Cara-caranya gini ye.
#You have to email me your picture at malasnkcite_00@yahoo.com
#Gambar yang macam mana? Ok, hantar gambar muka pelik korang. Stock yang buruk2 sikit macam gambr   aku tu. hahaha. Aku tak akan terima gambar yang cun2 yang hanya akan hantar pada bakal2 mak mentua tu.   Tak ok!.  Aku tak akan terima. KIH3.
#Selepas korang dah hantar satu gambar dekat my email. Aku akan upload dalam fanpage aku.
#And ask your friends to vote your picture.
#Jangan risau 50% sahaja berdasarkan undian di facebook. Lagi 50% mesti la dari aku and my others geng.   HEHE. Tapi ikut budi bicara JURI juga la kan. Yang mana memang deserved menang, akan menang. So,   please ikut arahan dan syarat2 nya ok? : )


Syarat:
1.     Mesti perempuan. yang aww~ tak layan. :P
2.     Yang stay kat Melaka ni di alu-alu kan sangat join. Seluruh negeri pun bulehh.
3.     Pemenang nanti sanggup datang Melaka by their own untuk photoshoot free.
4.     Gambar muka PELIK tanak cun.
5.     Hantar satu gamba pelik korang dekat email ok?
6.     Then minta kawan2 LIKE gamba korang tu.
7.  Terangkan dekat diaorang details pasal contest ni sebab diaorang akan like gamba korang . Mana tahu , kalau  gamba korang tu gila pelik, habis diaorang tak VOTE. Padahal memang contest nak buat muka pelik2 pun.  Paham?
8.     Ikut semua syarat2 di atas.  :)


OK. Pada yang nak join anda dah boleh start hantar picture anda dekat email aku. Tapi kalau tiada positive feedback, maka contest ini akan dibatalkan. Terima Kasih.






PRECAUTION!! tak payah buat entry tepek gamba aku tu..heh :P lalalala~ 




Followers

♥kisahlovelymyrtle♥