Tuesday, May 10, 2011

♥ NORA ELENA = KASIH YANG SUCI ♥

Assalamualaikum..;)

Sedang aku duduk2 depan tv pukul 7.30 p.m. tadi, adik aku tukar channel tv3. Aku pun ikut tengok lah tanpa mengetahui cerita apa..huhu. Sekali aku dengar sorang pelakon ni sebut nama Elena!, Seth!, Amir! and jalan cerita dia pun aku raca macam familiar je dalam pale otak aku.huhu. Then aku tekan info dekat remote control. Ya! Sahh! Cerita nih diadaptasi dari novel Kasih Yang Suci! Cuma tajuk dekat dalam tv je lain jadi NORA ELENA.
Ok, Fine! Kenapa aku baru tahu?? Padahal orang lain dah lama tahu kot..huhu. Tapi kira ok lah kan aku sempat tengok episod 2 ni? Baru episod 2 wehh!! weee~.*tapi jangan harap la fiza oii kau  dapat tgk cite nih sampai habis, da nak masuk sem baru kot! huhu..padan muka kau fiza! huh! 

Dulu aku pernah post entry pasal aku baca novel ni..dekat SINI.






sinopsis belakang buku:


Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.

"Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua." tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya... Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa... saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.

Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.



now sinopsis drama ni pula..:)





* budi baik pak google..:)




Diadaptasi dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf – Kasih Yang Suci, mengisahkan tentang perjalanan hidup NORA ELENA yang dihantui pengalaman pahit akibat dirogol 10 tahun yang lalu.

Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham. Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan. Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan.

Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan, dan siapakah watak di sebalik panggilan misteri tersebut?






Sorry guys nampak sangat aku teruja ya di situ..Padahal orang lain da lama tahu kot.bhahaha..:P
Apa2 pun tadi aku terlebih xcited sampai cite kat adik aku, macam mana perjalanan cite dia..sampai habis!! hehe.
Yang adik aku ni pula banyak benau yang dia tanya. Aku pula ingat semua kan.haha..

Tu je..bye! ;)

~peace~





hulurkan 'suka' ringgan kan duka..huhu

Assalamualaikum...;)


Tak boleh blah lah tajuk entry aku! haha. Tak ada kena mengena kot. Apa yang aku maksudkan??
Haaa..ini dia, dokek bawah ni haa..
Aku nak minta tolong u all like picture seorang hamba Allah nih bleh?? huhu
Dia minta tolong aku, aku minta lah tolong kat korang..senang je kijonya klik 'suka' kat page2 yang aku link kan kat bawah ni haa..BOLEH KAN? KAN? KAN?

kalau tak like pun tak apa,,no hurt feelin bebeh..peace~

STEP 1:
like ini page dulu yaw! ;)

STEP 2:
then u have to like this page..:)


easy rite?!

Diingatkan sekali lagi! Yang tak like tak apa ok! And one more thing this is not a contest ke apa ke..tak ada hadiah pun kalau korang like. Tapi macam yang aku mention kat tajuk entry nih haa..hulurkan 'suka' ringgan kan duka..bhahaha..so, bila korang like..duka sape ntah aku pun tak tahu lah yang dapat di hilangkan..kihkihkih..

~peace~


Pada yang sudi meng-like thank you sooooooooooo much! :)

note: alahh..dari korang dok afundi bebudak af sampai rm5, rm10, rm15 n rm++ tuhh better korang like link2 yang kat atas ni haa..FREE JE ok!
hahaha..:P


Followers

♥kisahlovelymyrtle♥