Assalamualaikum...;)
Hari ini adalah hari pertama aku bercuti raya. Malam semalam aku sampai rumah dalam pukul 10 malam lebih kot. Punyalah semangat nak balik, sampai tak sempat nak berbuka last2 berbuka dalam kereta. Nasib baik mak bawa bekal nasi goreng..kih3. Pagi Jumaat ni tadi aku dan askar-askar aku ( adik and mak ) bersiap sedia untuk membuat kuih raya. Actually, this is not the first kuih raya yang mahu dibuat tapi dah banyak dah mak and adik aku buat sebelum aku balik lagi.Macam-macam jenis ada. Tapi hari ni punya kuih raya biar aku je yang buat. Ulang balik ea AKU JE YANG BUAT. Hak3. Tapi ..ceitt! ada tapi tu.haha. Adik I ada tolong buat sekali. Heh. Kuih yang kami buat tadi ialah kuih Almond London. Resipinya di ambil dari mama kami.
Resipinya:
300g mentega/planta
110g gula
1 biji kuning telur
1 sudu aisen vanilla
Sedikit serbuk penaik
Badam hancur 3 sudu besar
200g tepung jagung
300g tepung gandum
badam
Cara-caranya fikir sendiri. HAHA
Kidding mehh!~ tapi kalau bagitahu pun sure u all dah tahu kan?
Senang je. Firstly, campurkan semua bahan2 tu. Dah siap! Haha
Then, bakar..beberapa minit je. Pastu, cairkan coklat masakan. Next, leh salut kuih tadi tu dengan coklat tersebut. Lastly, tabur badam yang kecik2 tu ke atas kuih.
Sorry ini bukan buku resepi so, cara-caranya tak berapa nak proper la..sebab I tak pandai nak ajar orang..kih3 :P
Tapi kalau yang serious tak tahu langsung tu boleh la tanya! Haha
sebelum |
sebelum jugak |
semasa boleh?? hak3 |
selepas |
Almond London ni nmpak mcm lain kan? Sampul dia je lain ok. Rasa pasti sama! Kih3! Perasan plak..hak3
Kami buat 2 round. Tapi yang second round punya adik aku dah penat so dia p tido. Yang second round ni untuk my nenek. HEHE. Baik tak aku?? hak3
Sorry nek, comot sikit. Tapi ikhlas auuu! ;P
~peace~
ok. tu je aktiviti aku hari ni. Wait for the next activity ok? I will update soon. InsyaAllah. Bye~
: apa nak buat esok ek? hmmmmmm~