Saturday, May 21, 2011

NOTA

Assalamualaikum...;)

Apa itu nota? Nota itu catatan. Apa itu catatan?? Catatan itu NOTA!! haha..Ok, fine tak lawak. Apa yang aku nak cerita hari ini ialah NOTA! bukan nobita ok. As we know nota ni sangat2 lah penting bagi kita kan? Lebih2 lagi kita ni bergelar student. Korang pun rasanya ada nota sendiri kan? Tak kira lah nota pelajaran ke, nota kaki tangan ke, nota cinta ke, nota peringatan ke (reminder notes) bagi yang pelupa macam aku ni..hehe. Semua itu adalah penting!. Bagi aku lah kan. Bagi korang? Penting ka tak penting?
Kalau macam aku kan, selain buat reminder notes tampal kat mana2 bagi ingat, aku juga ada buat nota untuk subjek2 yang aku belajar. So, maknanya setiap subjek yang aku belajar akan aku buat nota supaya senang mahu baca. Tak kira lah macam mana bentuk nota tu, asalkan kita sendiri paham dengan apa yang kita tulis. Bagi aku nota yang kemas dan ringkas adalah terbaik. Senang paham senang ingat. Meh sini aku mau kasi tahu cara2 buat nota:

  • Mula2 kena fahamkan topik apa yang korang pelajari.
  • Keluar kan kata2 kunci. Masa aku sekolah dulu cikgu BI aku selalu suh aku tulis keyword kat every page. Sebelum mengajar dia akan check one by one. Cuak tak cuak juga la aku. Sebab aku ni pemalas! haha.
  • Buat nota kena buat ayat sendiri ye. Jangan nak ciplak2 ayat or idea orang lain. Sendirik punya nota sendirik bikin lahh.
  • Pastu, korang mestilah guna pen yang berbeza. Pen yang berbeza tu bukan yang berbeza jenama macam ko guna stabelo aku guna faber castello kan. Bukan2, maksud aku, pen yang berbeza warna. Korang guna pen yang warna dakwat beza untuk bahagian berlainan. Contoh, kalau korang buat tajuk gunalah dakwat hitam ke kan. Then, point2 nya pula guna lah dakwat warna biru.
  • Haa.. yang lagi berkesan kat dalam nota korang tu buat lahh mind map. Bagi merangsang otak korang berkembang. Mind map yang menarik lagi bagus. Ni contoh2 mindmap yang aku google..hehe


  • Then, gunalah highlighter and sticker-notes. Macam ni


  • Lagi satu nak tambah!. Tulisan kena cantik dan kemas ye!


Jap, aku nak tayang nota2 aku jap..haha.


*haa..kan aku da kuar kan buku marketing aku ni haa..haha


 Before end, aku nak cite something. Hehe.

Time aku form3 dulu, ada satu hari tu ada ceramah pasal 'Teknik Menjawab Kertas Pendidikan Islam PMR". Memandangkan aku jenis yang skema waktu sekolah dulu. *Maknanya suka menyalin apa yang penceramah berhujah di hadapan. Makanya, aku pun salinlah segala bagai teknik2 untuk menjawab paper tersebut. Macam2 bentuk mind map aku buat tulang ikan la, tulang lembu la dan segala macam tulang aku conteng. Err..ini bukan sebarang conteng ye, ini penuh dengan informations and knowledges tau. hehe..
Then, lepas dah habis ceramah, Ustazah aku tanya
"ada tak sesiapa yang salin apa yang penceramah tu cakap?"


~~Burung gagak lalu~~
~ark! ark! ark!~
...sunyi...
............................................


Aku pun bersuara.."Saya ada salin ustazah! Ni haa, ada salin tapi sikit je lah."

Dengan bangga aku pun hulurkan nota2 aku pada beliau. Walaupun beliau tak minta! haha. Ok, ustazah tersebut senyum then bagi arahan kat aku.

"Ok, Fiza. Saya nak kamu taip semula (taip ok! haha) jadikan sebagai manual (buku panduan). Bagi saya satu copy, nanti saya nak edarkan pada semua student PMR yang lain".
And i was like..errkk..dalam hati.. WOWW! haha..poyo~
Bangga beb!. Hasil nota aku nak di edarkan satu sekolah wehh!. Kembang tak kembang juga lak hidung aku ni time tu.haha. Dah siap satu copy tu. Ustazah aku tulis pakai pen dekat muka depan atas, belah kanan *ditulis oleh: Nur Hafizah Jamaluddin* wahh..Then, baru copy banyak2.

Ok, tu je nak cite..hehe. Panjang gila entry nih. Jap2, nak cakap kesimpulannya, kalau ada ceramah tu rajin2 lah salin ye. Salin point2 je bukan suruh korang salin semua yang penceramah cakap. So, bagi adik2 yang kat luar sana termasuklah adik aku, tu pun kalau dia baca blog aku nih, rasanya masih sempat kot nak buat nota sebelum peperiksaan besar tiba.

~sekian~



Note: Korang! doakan aku dan rakan2 mahupun sesiapa sahaja yang akan menerima result exam minggu depan ni, supaya dapat result yang baik ya! InsyaAllah. Amin~

~peace~



27 comments:

kembatolo™ said...

hahaha. rajin gila buat nota kaler2. doii~

yang conteng mane? takde pon? gahaha

Nor Azlan said...

well done...notes are important in any situation even if we forgot something.xctly, only a small portion that will create a mind map.....insyallah kejayaan adalah milik setiap insan yang berusaha, doa berpanjangan dan tawakal dengan hati terbuka.(:

jaya jr said...

haha,bile da makin besor,makin cerewet nak buat nota...kih3

Akulah Pak Lan said...

saya memerlukan seorang setiausaha..tugas ni menyalin apa yang saya cakap..berminat?

.fariza. said...

waktu spm slalu buat.

MiSz fiFiEyQa said...

Cantik n0tes fiza.rajin ek fiza buat..sy dulu pun suke sgt buap nota yg col0rful ni.tapi,x tau kenape tetibe da malas pulak skarang..huhu

FizaFizz said...

~kembatolo : mestilah rajin!! :P
yg conteng? Tak dapat dikesan mehhh! haha..

FizaFizz said...

~Nor Azlan : tq2..yeahh! ada org sokong! hehe.

FizaFizz said...

~jaya jr : haha..baguslah cerewet. Mybe nota tu lebih ok kalau cerewet dlm membuat nota..hehe

FizaFizz said...

~Akulah Pak Lah : erkk?? diluar profession saya..hehe :P

FizaFizz said...

~fariza : hehe..sama ^^

~misz fifieyqa : sama lah sebnrnya malas tapi kena buat juga tau! hehe

maCy said...

rajin nya :)

FizaFizz said...

macy : harus rajin sbb nak belaja..:)

yazid said...

Kreatif =)

NAMI said...

pasni bole le fizafizz bantu n tunjuk ajar ku sifu.hehe.

Far8 budak baik said...

waaaa..lwaaa lahh nota kauu.
tak jeles pun..
tulisan pempuan mmg lawa...
haih..nk guna faber castela gakk ahh
pasni..hahaha =p

FizaFizz said...

~yazid : tenkiu ^^..awak lagi kreatif ok! suka karton awak! hehe

~nami : hehe..saya masih belaja juga ni..*xde kena mengena..bhahaha

~Far8 : eh, tulisan lelaki ada yg cantik apa..hehe..nak guna faber castla?? Cun2..hehe ^^

zEri sAfEerA said...

wow. rajin sgt kamu ni. hehe :D
+ nota 2 sgt menarik. kale2 g2. hee ^^

FizaFizz said...

nota kena menarik baru best baca..hehe

Mohd Nor Quiyyum said...

yg ko wt tu typical pompuan wt nota.. klu mcm ak wt nota pen 2 kaler je.. biru ngan itam.. kertas a4 pastu lipat tgh... tulis kecik2.. saving kertas. hahaha

FizaFizz said...

haha..perempuan biasa lerhh..hehe
owh,ok..mcmtu mmg saving kertas n ink!! haha :P

|ShaChaPe'ah| said...

marketing kn??sme la kite..akk dlu pon buat note kaler2 cmtu gak..pastu mmbe photostat sbb mls..nnt part 4 mmg kne lg rajin buat note..haha:D

Ashraf Jalil said...

jemput join contest =)

shafmechy said...

uih..klu sy ni mmg x buat dh..setakat salin apa yg pensyarah tulis je..hehe

FizaFizz said...

~kak Sha : haha..sama kan? aah, membe pun pinjam nota kite ni..hehe

~Ashraf : ye2,otw..thanks jemput...hehe

~shafmechy : haha..ok la tu. At least kan..hehe

Cik Yana said...

Cantiknya nota kaler-kaler tu. Cik Yana sepanjang belajar kat U dulu tak pernah buat nota camtu. Sebab cik Yana kos matematik. Hehehe~ Cuma kadang-kadang bila amek subjek elektif, baru kena membaca. Tu pun tak pandai buat nota, tak pandai nak highlight kata kunci dalam text. Selalu cik Yana highlight macam semua benda nak kena highlight. hahaha~ teruk kan? Hehehe~

Cik Yana perlukan VOTE korang yang baik hati :)

FizaFizz said...

@cik yana : haha..sama la kita mmg macam nak like semua benda je..hehe

Followers

♥kisahlovelymyrtle♥