Monday, October 24, 2011

ayat dramatis

Assalamualaikum..;)


Apa yang korang faham tentang ayat dramatis nih? Bagi aku lah kan ayat dramatis ni macam ayat dramatic! hahaha.. ada beza ke dua ni?? takde kan?? saje je cakap macam tu sebab aku dah takde modal untuk menaip dah ni.. haha . Ok, sambung, ce baca bawah ni


DALAM HATI ADA ISI (2)

hati sukar untuk diramal, wujudnya terus kekal..menakluk seluruh anggota dan jiwa, buatkan diri tiada bermaya..itulah hati, jadi berhati-hati..

aku pernah katakan..kerna hati, insan kecewa..kerna hati, insan terseksa..hebatnya pukulan pada hati, buat insan terus mati..mati bukan pada jasad azali, mati pada jiwa yang mendiami..dalam badan dalam diri, ada langsung tak diketahui..

hati..bukan buruk semata-mata, baiknya pasti ada..wujud pada yang bahagia, saat mengenal apa itu chenta..haha..aku cakap apa yang aku tau..bukan sekadar cerita, wujud dalam kenyataan nyata..

dalam hati ada isi..ungkapan yang manis buat insan sedang dilamun chenta..chenta sangat bahagia, tiap detik ingin bersama..si dia dirindukan, saat kau bersendirian..handphonetak lekang ditangan, senyum manis menjadi teman..terasa kelakar bila memandang, saat bahagia mereka berkasih sayang..adoyai..syoknya..terasa diri ingin berchenta, saat melihat mereka bahagia..haha..

kata orang, bila berchenta semuanya sedap..senyum lebar sampai ke pipi, wajah ceria berseri-seri..tiada siapa boleh diganti, hanya dia si jantung hati..haha..
 
dalam hati ada isi..isi hati insan bahagia, kerna terpalit oleh chenta..bagai wabak dalam diri, saat hati sudah dimiliki..


buat pasangan berchenta, semoga kekal selamanya..saat bahagia dikongsi bersama, suka duka cebisan dunia..elakan pertelingkahan, eratkan ikatan..kebahagiaan berpanjangan, itu yang diharapkan..

( bersambung...)

Amacam? Dramatis tak ayat? ahaha


Perasan tak tajuk cerita tu ada (2) and akan (bersambung) , jadi kalau nak baca yang (1) punya sila lahh ke blog member saya di pencacai_chenta (makkk..nama tak bleh blah..kih3).  Ini kerana cerita di atas tu tadi adalah kepunyaan beliau. keh3. Kau pikir aku yang buat? Jangan harap! hahaha. 


Kepada si penulis, bila hang nak sambung cerita hang? dah lama gilaaa. Aku duk tunggu ja ni haaa.


note: ayat2 dia kan best baca jom lahh p blog diaaaaaa!

Followers

♥kisahlovelymyrtle♥