Assalamualaikum...;)
Alhamdulillah kita dah menjalani ibadah puasa di hari yang ke-4.
Banyak kepentingan yang kita dapat bila berpuasa pada bulan Ramadhan ni. Nabi Muhammad s.a.w. juga ada menyatakan tentang kepentingan Ramadhan seperti berikut :
"Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).
Dalam bulan Ramadhan ni lahh Allah banyak test kita dengan dugaan2 supaya kita ni boleh bersabar dengan dugaan2Nya ataupun sebaliknya.
Dugaan aku pada bulan Ramadhan kali ini ada dua. Ini baru dua, tak tahu la esok lusa pulak berapa kan?.Wallahua'lam.
Dugaan pertama aku, waktu sehari sebelum start nya puasa iaitu pada hari ahad. Aku dan kawan2 aku ( kawan2 aku pun mengalami dugaan yang sama ) hilang benda yang berharga! Nak tahu apa??
SKRIP!!
Skrip ni kalau hilang memang makan tak lalu, mandi tak basah, apa2 semua lah sebab teringatkan skrip yang dah di tapis/semak oleh ustazahh untuk assignment bahasa arab aku. Haishhh~ kalau hilang nihhh mampuihhh , tak larat eden nak buat balik semula!
TAPI..Alhamdulillah selepas 3 hari berlalu, aku dapat tahu skrip kami tu dah jumpa balik! Tapi dalam tempoh masa 3 hari tu kan aku rasa macam hilang ANAK!! hahaha. risau risau~
Dugaan yang kedua berlaku waktu zohor tadi.. Haishhh, complicated sungguh hidup aku tadi. Huru- hara! Ceritanya macam ni.
Macam biasa aku suka duk lepak bilik sebelah aku. Lepak punya lepak punya lepak punya lepak punya lepak..tertidur plakk (comel tak?? hahaha ). Dengan tak bawa kunci bilik apa semua. Bangun2 je ingat nak pi solat kat bilik sendiri, pastu pukul 2.30 tu pulak ada kelas kan. Sampai2 je kat bilik , Alamak!! PINTU KUNCI!! call roommates aku yang lain...call punya call punya call punya call punya call..diaorang dah keluar, ada kelas! Memang cuak gila la aku! dah pukul brapa da kan nak p kelas lagi. Then, aku minta tolong rakan2 untuk pecah kan pintu bilik kesayang aku tu. Macam biasa laa kan guna kad. Tahu?? Kalau dah tahu senyap! hehe.
Dan Alhamdulillah selama beberapa minit cubaan memecah kan pintu akhirnya berjaya juga buka pintu bilik ku tapi sayangnya tombol pintu ku sudah rosakkk!! whoaaa...malang betul nasib.huhu.
ok.itu je nak share..:)
~peace~
~peace~
;)
Assalamualaikum
Assalamualaikum