Friday, September 23, 2011

Aku Hantu Cerita Hantu

Assalamualaikum...;)


First and for most, tahu tak apa maksud 'aku hantu cerita hantu'?? Haa..perkataan hantu yang pertama tu merujuk kepada kata sifat seperti suka, minat, gemar tapi penggunaan 'hantu' tu menunjukkan yang kita bukan main gemar/suka/minat gila3 atau lebih sopan minat sangat3!!!.. Haaa..paham tak? Aku agak kau paham lahhh ea. Heh. Perkataan hantu yang kedua tu tak kan nak suh aku terangkan kot..kahhh3..Kalau nak tahu apa dia meh sini klik kat sini. (kalau sanggup arr) kahh3 :p



Like a seriously, i am very excited gila3 bila tahu ada cerita seram a.k.a cerita hantu keluar panggung. Kalau tak seram, bunuh2 alahh yang macam kata omputihh horror movie tueee.. Kau ingat aku stock tengok cerita2 bola2 cinta? tak pun cerita nur kasihh?? (memang pun tapi kadang2 :P) Aku jugak suka tengok cerita dasyattt wokeyy! Lawan2 ke, bunuh2 ke, apa2 yang sewaktu dengan nya lahh. "Jangan sangka air yang tenang buaya tak duduk!"  -.-" kah3. Aku sukaaa tahuuu!  Lebih2 lagi sekarang ni aku tahu ada cerita baru akan keluar tak lama lagi macam filem2 nihh :


DREAM HOUSE






AL-HIJAB



Sinopsis Filem Al-Hijab
Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yangdikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka.
Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan.
Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya. Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?
Pelakon Filem Al-Hijab
Pierre Andre, Nur Fathia , Maimon Mutalib & ramai lagi


syokkk nyaaa!! huuuuuu~


perghhh! besttttnyaaa tak sabar nak tengokkk! InsyaAllah Khamis ni keluar tengok wayang. Tapi member kata nak tengok cerita nihh

|||
|||
|||
|||
|||||||
|||||
|||
||
|


JOHNNY ENGLISH REBORN


haishhhh melepas nak tengok cerita seramm!

siapa yang dah tengok cerita johnny english reborn nihh?? cepat cerita kannnnn!



~peace~




note: siapa sanggup teman tengokk wayang cerita seramm?? ;P

22 comments:

aniki said...

cam syok je cite hijab tu..nak tengok gk ar

Ayeem Jemain said...

Hijab tu mmg cam best. Tp johny english tu kompom best. Lawak. Tak tgk lagi, tp ramai kata lawak and best. Ala, yg hijab tu tgk dgn ayeem je. Cerite seram elok ditonton bersama lelaki. Kah3

ima sahaja said...

best gile kot jonny english tu :D penat gelak :DD

FizaFizz said...

@ aniki : ye! memang syokkk! (padahal lom tgk lg) kah3

FizaFizz said...

@Ayeem Jemain : kahhhh3..kemainnn! jom laaaaa! hee :P

FizaFizz said...

@ima sahaja : ea? tu lahhh roomete pun cakap kelaka gilaaaa! hehe..kira tak rugi la kan tengok t? hehe :)

Akulah Pak Lan said...

paklan belanja tiket wyg fiza beli popcorn. aci?

Eyka said...

tiga tiga cite besh..tapi pling besh yg no 1..bolee main jerit2..yeahh! ilang stress tau! haha:p

bicara mak dara said...

mak tak sabar nak tengok citer Johnny English tu jugak hehe..

Unknown said...

ramai ckp Jonny english tu best..
nk tengokkk!!!! :D

izuddinrahim said...

nak teman tp tanak tgk. boleh? ahaha

... said...

aq hantu cerite melayu..jom lps QMT tgk bini2 ku gengster..hahah

Pocket said...

citer hijab tu macam besh,
kalau buleh tengok, bukan lagi tak besh ker, kalau pocket tak yah la 'buleh-tengok' hiiiisshhh!!

johny english tu mcm besh,
pocket mcm nak gi tgk besok.
Jom!

Anonymous said...

serious tak suke tgok cerite hantu or suspens. latest haritu tgok final destination,balik siap mimpi lagi. cam harammm. dasar penakuuttt. haha.

cerite reborn bestttt :D


btw,thanks singgah blog :D

| Irfan Roslee | said...

cam best je citer hijab tu..msti tgok ni..hehe

sayakayrulez said...

xde button follow la sini?

MR.Z said...

johnny english tu menarik juga.. cerita hantu makin banyak ye sekarang ni.. haha

Daddylicious said...

mmg tiada botox...haha...


dtg dari si mamat...

achusara said...

wahhh..lpas ni agak2 nk g wayang tgok cite seremm, bole ajak fiza buat geng lah yee..hehe

eZmALiZa said...

kite ni berani2 je tgk cite seram. kalo xde kawan, mmg takkan berani nak tgk..

p/s: fiza yg cantik, rajin2 la update blog. :) letak gambar byk2 tawwww....sbb kite suke tgk muke awak :)

Ain Shdn said...

eleh. tengok cter hantu pastu malam suh mak teman kan tidur, kan? kan? hahahaha !!

Fur Bites Pet Shop said...

Thanks sudi follow blog sy.. aku tak tengok lagi la movie2 ni... huhu.. nnti la download jer

Followers

♥kisahlovelymyrtle♥